:...Sesi Mencabut Gigi Lagi...:

Monday, December 02, 2013 0 Comments A+ a-

Sejak dua minggu lepas my son asyik bebel bagitau gigi arnab dia dah goyang...siap mimpi gigi tercabut lagi...dah la tido pun bunyi gigi belaga...risau lak gigi tu tercabut dan tertelan...Dulu gigi depan bahagian bawah dah cabut...sekarang gigi bahagian atas pulak...Isnin lepas memandangkan dah tak tahan sangat dengan bebelan my son, akhirnya my hubby mengaku kalah dan terus bawa dia ke klinik gigi...

Sampai kat klinik dalam jam 6.00 petang selepas ambik my daughter...kat klinik tak ramai orang dan kami orang yang kedua dipanggil...masuk je dalam bilik, my son disuruh baring...lepas mak maklumkan pada doktor pasal gigi dia, doktor cadangkan supaya kedua-duanya dicabut terus...kalau ikutkan mak biar betul-betul goyang baru cabut even teacher dia pun cakap biar dulu...tapi my hubby pulak cakap selagi tak cabut selagi tu dia akan membebel..

Bila dah dapat persetujuan daripada tuan punya badan, so doktor pun letakkan ubat bius berperisa strawberi...
Tak sampai seminit kedua-dua gigi susu my son telah berjaya dicabut tanpa sebarang tangisan daripada my son...
Lepas ni tak boleh senyum lebar-lebar nampak gigi sebab nanti tak hensem dah...kena wait gigi naik baru leh senyum nampak gigi...

^-^ Tapi sayang mak tetap hensem dihati mak...dan secara rasminya 4 batang gigi bertukar menjadi gigi kekal ^-^

~~ Tabung AsyDhia ~~